Wednesday, November 30, 2011

Kenapa harus aku diuji?

Assalamualaikum chentaa....( -_-) ...

Sungguh berat ujian-Mu ini Ya Allah.....aku tahu..kesilapan aku kali ni mungkin t'sgt la besar krn melukakan hati  sendiri..Aku xpasti kenapa ..mengapa dan apakah dosa aku sehingga begini jadinya...Tak ka dia rasa b'salah m'biarkan aku sendirian m'jalani kehidupan yg penuh cabaran ini...Ya Allah ..Tabahkan hatiku ya ALLAH....


( بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم)


Jawapan pada keraguan hati



KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB



... “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (“I am full of faith to Allah”) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3



KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB



“Boleh jadi kamu membenci sesua itu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

– Surah Al-Baqarah ayat 216



KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB



“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

– Surah Al-Baqarah ayat 286



KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB



“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”

– Surah Al-Imran ayat 139



KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB



“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

–Surah Ali'Imran. Ayat 200.



KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB



“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”

– Surah Al-Baqarah ayat 45



KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB



“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… ?

– Surah At-Taubah ayat 111



KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB



“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”

– Surah At-Taubah ayat 129



KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB



“… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”

– Surah Yusuf ayat 12

Tuesday, November 29, 2011

Dugaan atau Ujian kah ini ??

Assalamualaikum chentaaa....(T_T)

Kesedihan melanda kotak hatiku dikala ini...Sungguh aku rasa sedih sekali...adakah ini Dugaan atau ujian buat diriku ini..SubhanaALLAH, knp aku diuji sebegini...Ampuni aku Ya ALLAH..huhu b'hari2 aku lalui tanpa rasa gembira ni..aku xtau apa sebab2nya,,,Runsing sgt2..hmm kenapa la jadi macam ni..Nak Luahkan pn rasa berat...Bila pendam rasa mcm nk mati pn ada...huhu Ya Allah Engkau ringankn bebanan fikiran ku ini,,,,Sungguh aku xsangka smua jd mcm ni...Apa sebenarnya yg tjadi ni...ada hikmah ke atau ni la balasan aku..Owh aku xfhm....Dosa apa yg aku lakukan...hmmmm I'm tired.......

Yaaaa...mgkn ni takdir hidup aku .Barangkali , ia suda tertulis .Aku harus akur & Pasrah..aku hanya mampu bdoa..smoga jalan ku dipermudahkan..............aku harap aku dpt tempuhi segalanya dengan ati yg tenang...

Thursday, November 24, 2011

Transfer lagi....apa da jadi ni..

Assalamualaikum Chentaaaa.........
Hmm actually aku xde mood nk celoteh2 ni..kurg idea menulis da..hhuhu tp aku ada hal nk kongsi..alamak post title tu...anda tahu tak..aku xsuka sgt ngan post title tu.....Kembalinya aku ke Pej.Negeri..Ya Allah , Bantu lah hambaMU ini..Seksaan yg aku dpt klu dsna tu....aku da agak da..aku akan pindah if Pengurus pindah tempat..huhuhu...
Aku dok dgr2 nama aku naik balik utk d'transfer balik Ke Pej Negeri..owh tidak...its not fair...aku akan pindah if Pengurusan tukar & Gaji aku dinaikkan..baru la aku mo terima ..haha demand la plak kn...mna x nya,  keja blambak...Gaji ciput jak..da la tu c pengurusan plak dok asyik myuruh je..tp hakikatnya dia mmg xtau apa2 pn psl pengurusan ni.. so , hrp2 aku still d pej.kawasan PUTATAN la...pleaseeeee i dont want back to Pej.Negeri....
Sakit kepala fikir benda ni...mcm bola plak aku dibuat oleh mereka...pindah sana cni....Tapi xpe la aku still sabar lg..sabar dan sabar..rasanya da 3 tahun aku bsabar ni...hohoho
Ok la setakat tu la dlu...banyak keja nk buat ....Bubye..


Lot's of luv Luv
♥ Mama Rayyan

Friday, November 18, 2011

Story Mory..!!

Assalamualaikum Chentaa.......

Jumaat yg indah...ari ni last aku btugas d Pej.Negeri..So isnin , blik ofis putatan da...miss my ofis putatan...hahaha Actually aku suka d pej,Negeri ni, tp tu la keja nda pandai siap2..pas tu terasa mcm dperbodohkan...huhu Seriously, aku rasa gaji dibayar xngam ngan tugas yg aku pegang....isk nasib la aku ni, Ok je....hmmm xpe la....cr keja lain jua ni..keja2 m'transfer acc usahawan xsiap lg..sambung jak kt ofis putatan....tadadadadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa (big smile's ) hahahahahhaahahhaa balik ofis jom...........

huhuhu story mory yg aku nk taip ni sebenarnya..hari ni aku rasa penat skali...so please, i'm need a rest....


atu aja....bubye chentaaa

Wednesday, November 16, 2011

Rindu Masa lalu...

Assalamualaikum chentaaaa.....(^_^).

Pagi Rabu yg sgt2 mbuat aku terasa lemas ...nasib la baby rayyan  lena smlm.xla aku bjaga sgt...hmmm bebalik dgn tajuk post aku tu...entri aku ni ari adalah bkaitan pasal 'RINDU MASA LALU"..byk benda yg suda berubah...dan aku rindu semua kenangan lalu tu....nak tau apa kenangan lalu tu....

DISETIAP GAMBAR ADA CERITA..




Kenangan time form 5..my BFF (shimanorfareenhasnah)

Kenangan time skul dlu..mmg sgt2 best..rindu ngan my bff.....aku,hasna,fatimah,sarina da kawen..tinggal timiey ,amoy & bakal kawen dis 2011 adalah dayang....hehe kami yg da kawen ni masing2 da ada anak...Time skul dlu kami sgt2 enjoy....group kami ni sempoi,aku & sarina jak yg havoc ckt..aktif & pemalas...hahaha...kalau la dpt ku undur waktu,aku mo bljr btul2 time tu...kunun aku mo jd cikgu...tp ni la akibat pemalas..hihi pegang dip ja la...keja d TEKUN..hahahaa waktu di kelas aku ni nakal jga...slalu ponteng kelas...ari2 cikgu kamsiah dok leter aku ja..haha


Stay GP with my BFF.....
Masa ni aku xbtudung lg....hehe ..Stay d Grace Point sempena perjumpaan dgn my BFF yg jauh diperantauan ( Siti Zainah Zainal ) yg duk kt tgh2 tu...hehhee best time ni..happening jd nya..mna taknya..klu da bjumpa ngan c jenna ni, satu bandar KK ni dgr suara nya,,,owh ya, antara kami bestfriend smua,Hanya jenna ja yg bjaya capai cita2 dia jd PUAN PEGUAM,...hihi yg lain ni bkn xbjya, tp Alhamdulillah,masing2 ada kerjaya..hehe Apapun kami semua tetap bersyukur kpd ALLAH SWT diatas persahabatan yang masi lg segar ni...walaupun da btahun2 lamanya..still closed each other..



Centre Point with My BFF
 aku masi ingat time ni, aku bru balik dr JB..hahahaha lma kunun xkuar sesama kn..jd jumpa2 la ni d CP ( Centre Point ) ...masa tu muka smua masi muka innocent kunun....muda remaja gitu...rindu wei time ni...sgt2 KU RINDU KAMU.....

time travel g KL...jumpa my BFF amoy & timiey



enjoyyyyyyyy



rehat sebentar....



 B'sama2 AMoy & timiey..hihi time ni mmg happening..apa taknya, kami p BTS ( Berjaya Times Square ) main roller coaster..hahaha pecah jantung aku bha....muntah terus..gerun gerun....amoy steady jak..aku,zura & lain da mcm apa suda....hihi ni la kunun plan mo p genting lg....mataiiiii sna lg adventure.....hihi apapun saat2 manis ini tetap ku rindu.....

ok sampai cni dlu....jumpa lg di rindu masa lalu part 2 ( Jakarta mari )


-With luv -
mama rayyan



Tuesday, November 15, 2011

Peringatan Untuk Umat Islam Akhir Zaman

Assalamualaikum chentaaaaaaaa.................


Petang selasa yang indah...sambil buat keja2 m'transfer akaun usahawan,aku spent time jua muhasabah diri dgn mendengar motivasi dr klip video HalaQah sentuhan Qalbu........best...menenangan jiwa.....fresh ur mind....

Monday, November 14, 2011

MENGIRA WAKTU SUBUR

Assalamualaikum chentaaaa........

Selamat Pagi Isnin yang cukup indah ...


Arini aku nk kongsi bab2 kitaran haid & waktu2 subur bg wanita2 yang suda berumahtangga...Sekadar perkongsian bsama...mana la tau ada yg nk merancang,ada yg nak menambah..hehe mcm aku, aku nk merancang dulu...cukup seorg la dulu...so, readers jom la kta bca artikel hasil drpd blog DR.Azwan ni..hehe



Kitaran haid wanita adalah tajuk sangat penting masa student dulu dan selalu masuk soalan esei. Kalau ada pertanyaan, saya cuba jawab. Kalau tak dapat, maafkan saya, anda boleh tujukan soalan kepada pakar sakit puan.

KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Ada 2 sebab utama :-

1. Untuk memudahkan mendapat zuriat

2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.

Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.





FAHAMI KITARAN HAID





Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.





Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.





Hari 1-4





Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.





Hari 5-13





Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.





Hari 14





Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.





Hari 15-28





Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.







BILAKAH WAKTU SUBUR?





Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)





Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.





Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.







CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR





Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.







MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT





Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.





Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.





Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.





Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.







MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN





Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.





Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.





Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.







Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.







Selamat Mencuba!


-Mama Rayyan-

Tuesday, November 8, 2011

Sakit Tekak...

Assalamualaikum chentaa.....(^_^)

Seminggu suda blalu, tp batuk2 aku xjua ilang2....isk isk...xsuka time batuk ni....sakit tekak aku,sakit dada lg..huhu sakit kah aku ni ar..mudah2an aku sihat walafiat la...hrp2 just batuk biasa jak la..

hmmm tu ja aku mo share...hehe aku nk jln2  blog org luk..cr info...

bye chentaaaaaaaaaa

-luv it-

Wednesday, November 2, 2011

TEKUN bekerja.........

Assalamualaikum wbt.....

Just nk share entri ni ari ..owh i'm like a ball....aku ni fleksible la...dmna2 jak kena hntr..masuk jak trus..hihihi ari ni 02 november 2011, aku diPINJAM sementara waktu utk urusan pemindahan akaun usahawan2 utk 2 pejabat baru...iaitu PAPAR & KIMANIS.....ni la keja aku selama 2 minggu d PEJ.NEGERI ni..

Oklah....see u next entri..I'm Busy now........