Friday, April 26, 2013

PETUGAS SPR

Assalamualaikum chentaaa....

sihat ke?..agk kelewatan ckt update cik blog ni..hihi busy ngan keja..ya la aku kn PA xbtauliah..buat keja bos a.k.a PENGURUS.(Pengurus la sgttt...).. PA xbgaji tau...huhu semua keja pengurus 95% aku yg buat..huhu da tu buat2 dunno jak..alahai dunia.... gila jawatan ka apa... tp tu tinggal kn la...yg penting hitam putih da sampai pn..hihi

mo cer..cer psl entri aku tu...hah..SPR..yaa aku petugas SPR ..sambilan ja..dpt elaun jga pn...hmm best plak keja team work.alangkah bestnya if tmpt keja aku pn ada team work..bsemangat bha keja...hihi apapun kena ikhlas..telus..jujur dan amanah.... ok tu ja..

peace no war..

PRU13...##UNDI ANDA ADALAH RAHSIA
..## undi saya juga rahsia... :-P

~mamarayyan bha ni~

Saturday, April 6, 2013

Rindu Berkarya.. .

Assalamualaikum chentaa..

selamat berhujung minggu...Sabtu yg cukup myenangkn..relax dr keja2 opis..haha

Smoga anda pembaca dluar sna Sihat2 belaka...(hopefully ada la kn..hihi )

Rindu berkarya....Entri aku ari ni...ya aku rindu keindahan pantai..rindu lautan biru dan rindu angin sepoi2 beach tg.aru..hihi dulu aku suka stay2 d beach tu..sendirian utk mdapat ilham...keindahan ciptaan tuhan mjadi sumber inspirasiku..rasanya lebih 10 puisi aku da cipta..utk diri sdiri,sahabat dan sekeliling..niat hati dlu nk minta DBP siar/publish la kt mna2 magazine kn..tp sampai skrg aku blum jumpa urg yg patut aku jumpa tu...bkn apa time nk jumpa tu blaku insiden yg xptt blaku...huhu tp biarla berakhie sda pn kn..lupakn..myb aku buli berurusan blik dgn DBP...apapun,aku kna tambahkn lg hadil karya aku...sapa tau rezeki aku dlm bakat ni kn...aku sdiri xpasti knp aku cintai seni ini..mgkn sbb aku byk membaca buku2 motivasi kali sblm ni..lahir plak rasa ingincipta karya2 sebegini...aky akn teruskn...yg penting arrange masa sebaiknya....

Thursday, April 4, 2013

Rayyan da besar...(。◕‿◕。)

Assalamualaikum dan selamat petang ...

Syukur Alhamdulillah , Hujan rahmat petang ni....seharian panas kn...myb kt kota kinabalu ja ni yg panas ..hehe Apapun , Syukur sejuk petang ni....

hmm agak lama juga kn xupdate2 ni..tp sapa juga mo baca kn..haha saja ja tulis2 update2 kt blog ni...mgkn satu hari nnt anak aku da besar , buli la dia baca kisah2 mama dia ni...wahhhh macam kisah blogger terhangat abg Abil yang setia jaga isteri dia tu kn..hmm untung arwah kak gee dpt suami mcm tu..( Al-Fatihah buat arwah kak gee ) ...harap2 en.macho akupn mcm tu jga..setia menjaga kami anak beranak ni..

Yeah Yeah anak aku da besar...Muhammad Rayyan Adam da besar ... 1 tahun 8 bulan...cepat betul masa blalu...kesakitan masa dalam bilik bsalin pn masi terasa hingga kini...xlama lg anak aku 2 tahun da...hmmm Syukur kehadrat ALLAH SWT , ank aku membesar dgn sihat ..walaupn anak aku ni langsung xmo mkn nasi tp dia still boleh makan mee, biskut & yang penting Sup Ayam ..Rayyan pgemar Sup Ayam..asal sup mesti dia belasah...aku pn heran la anak aku ni langsung xmo makan nasi...makan pn sikit je...alahai sayang...So, utk memastikan anak aku tu cukup sgalanya utk perkembangan fizikal mental aku bagi dia minum susu enfagrow... hampir 10 kali tukar susu ,lastly ENFAGROW segalanya...Terima Kasih Enfagrow...berisi la sikit badan anak tu biarpun xmo mkn... bkn tu jak , minum susu enfagrow ni btul2 buat ank aku hyperactive dan pintar...Umur 1tahun 6 bulan da pndai mgira..skrg ni pn jgn ckp la...ank buah aku umur da 3 tahun..cakap pn masi lg xlurus..rayyan dengan umur yang bru mginjak 2 tahun ni da lancar btutur...yg bestnya daya ingatan dia mmg kuat...mgkn mewarisi daya ingatan aku kot..hehe lgpn masa mgandung kena banyak makan kismis..kurma..bru la daya ingatan anak kuat..hehe rayyan pn suka mkn kismis...

Apapun , happy anak da besar.... sayang anak mama...
Comel x ?

Lots Of LOve
Mama Rayyan

Rindu Kamu Cik Bloggerku....

Assalamaualaikum Chentaa....

Sihat ker? Hopefully la kn puan, cik2 smua.....
.Rindunya update blog ni...alahai busy memanjang je keja skrg ni....tp curi2 masa sikit...buli la upgrade mna yg patut..... Rindu kami cik Blogger ku ...

Apapun, byk yg nk update nnt ni..tp tgu la ada masa yg sesuai...dalam masa tdekat juga la...settlekan borang permohonan ni dlu..kang kena audit plak....hehe

Jom keja..

selamat berblogwalking...

Rindu kamu.. ^_^
Mama Rayyan

Monday, March 25, 2013

10 Petua Menjadi Suami Yang Mithali

Assalamualaikum chentaaa ... nak kongsi kt korang tips utk para suami..hehe mo suru en.suami baca ni nnt .. 


 Tips ::  10 Petua Menjadi Suami Yang Mithali




1. Isteri adalah manusia



Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun, jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.



2. Dengar pendapat isteri



Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu semasa boleh dijadikan sebagai ‘ice-breaking’. Kemudian, berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya. Malah, isteri tentu berminat hendak mengetahui ‘gosip’ pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan pejabat suami secara tidak langsung.



3. Beri pujian kepada isteri



Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.



4. Menganggap pasangan seperti diri sendiri



Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih-lebih lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan. Sedangkan pasangan anda adalah cermin diri anda sendiri. Ke mana juga anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumah tangga akan menjadi bahagia.



5. Ingat tarikh penting



Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa saja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam atau sehelai tudung sempena meraikan hari lahir. Jika ‘budget’ anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti “Terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini”.



6. Penuhi hajat isteri




Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh atau mesin jahit, suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri?



7. Bantu ringankan tugas isteri



Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.



8. Isteri bukan pembantu rumah



Kebanyakan suami menganggap kerja rumah adalah tanggungjawab isteri 100 peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu saja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.



9. Bawa isteri berehat



Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat peranginan yang menarik. Walaupun ia nampak remeh, setiap isteri pasti akan menghargai saat manis itu.



10. Ciuman khas untuk isteri



Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat selepas begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri



Lots of lot
-MamaRayyan-